Our Journey

Our Journey

Thursday, November 21, 2013

Pengedar shaklee yang sah di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan

assalamualaikum semua..

Saya hendak membuat pengumuman sikit..
bagi anda yang tinggal di seri kembangan, terutamanya di sekitar Taman Lestari Putra1- 7, Taman Lestari Perdana, Taman Equine, Taman Desaminium, Taman Pinggiran Putra dan kawasan yang sewaktu dengannya  yang ingin mendapatkan supplement shaklee.. boleh lah dapatkan daripada saya pengedar shaklee yang sah.

Bagi mereka yang tidak termasuk didalam kawasan yang dinyatakan, jangan risau penghantaran ke seluruh Malaysia juga dibuat..  Sampai di hadapan rumah anda.. Poslaju kan ade.. tak pun Gdex pun dapat membantu.

Harga dan servis yang terbaik untuk anda..

NOR SERI AIZAT
0172044124 (SMS/WHATSAPP)
Fb: Nor Seri Aizat


Wednesday, September 25, 2013

25 tips kuruskan badan daripada kevin zahari.

Assalamualaikum,
siapa tak kenal kevin zahari?
Dulu dia yang ajar peserta akademi fantasia.. tah tak ingat dah musim ke berapa.. banyak sangat kott. hihi
dia mmg arif ttg fitness dan memberi tips untuk kurus..
kali ini saya share apa yang kevin zahari tulis dalam blognya moga-moga dapat memberi panduan kepada anda yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan berat ideal..

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan



Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

Set kurus shaklee..

Assalamualaikum,
Dalam banyak-banyak produk shaklee yang laris di pasaran, yang paling mendapat sambutan ialah set kurus shaklee..
jadi, anda juga patut tak melepaskan peluang untuk kurus dengan selamat bersama shaklee..
Antara testimoni yang mencuba set kurus shaklee adalah seperti di bawah.
apa kata pengguna ini:
Shaklee merubah impian menjadi kenyataan......
Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah.......


Turun 12 kg dengan shaklee... 



 
 wow.. semuanya dah dapat berat badan yg diingini.. apa yang mereka ambil untuk kurus ni?
mereka telah mengambil set kurus @ set inch loss shaklee..



BAKAR DAN BUANG :





Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.




Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.



BINA :


Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.


** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


** Bagi ibu menyusu anda tidak digalakkan mengambil herbalax kerana ia boleh menyebabkan anak anda cirit birit. Alfalfa lebih sesuai kerana alfalfa dapat juga menambah susu badan ibu.









Tuesday, September 10, 2013

CoQ health

wow.. bulan ni bulan promosi CoQ Health Plus.

CoQHealth plus (kandungan utamanya adalah CoQ10) merupakan produk terbaru dari Shaklee..baru sahaja dilancarkan pada Jun baru2 ni..Saya percaya kemunculan produk ini pasti memberikan kelegaan buat rakyat Malaysia memandangkan penyakit jantung merupakan antara 10 penyakit utama di Malaysia dan juga antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis. Kita tahu yang senaman merupakan cara yang paling mudah untuk memiliki jantung yang sihat. Tetapi kita ada pilihan lain yang dapat membantu jantung lebih sihat dan bertenaga iaitu mengamalkan makanan tambahan untuk jantung..






CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
dalam darah

Nak harga yang jimat? pm saya di fb Nor Seri Aizat, atau sms@ whatsapp  0172044124

Wednesday, July 17, 2013

kenapa ESP jadi pilihan untuk tahan lapar semasa puasa?

Salam semua,
hari ini hari kelapan kita berpuasa...
alhamdulillah..
pada hari pertama puasa, saya sangat risau.. sebab saya masih menyusu anak saya yang kedua..
takut pula susu merundum..
tambahan pula, saya dah lama tak berpuasa, selain bulan ramadhan.. huhu
macam2 dalam fikiran saya, boleh ke? takut la...

Alhamdulillah, semua perasaan dan fikiran saya yg negatif tu hilang apabila saya amalkan esp dan mealshakes pada sahur yang pertama...
sepanjang hari pertama berpuasa, saya tak rasa letih pun..
hihi
baru-baru ini saya mencuba pula performance drink.
wahh... sedapnya performance drink ni...;) rase oren..

ok lah, kenapa esp, mealshakes dan performance drink pilihan saya semasa bersahur?

Kelebihan ESP;-
✔ Kandungan indeks glisemik yang rendah membantu pelepasan tenaga secara perlahan-lahan membuatkan anda kekal bertenaga dengna lebih lama
✔ mengatasi masalah gastrik
✔ Mengelakkan badan menjadi lemau
✔ membantu meningkatkan penumpuan dan kepekaan

Kelebihan Mealshake :-
✔mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
✔ Lebih mengenyangkan jika diambil bersama ESp
✔ Rasa vanila yang sedap

Kelebihan Performance Drink :-
✔mengekalkan kandungan air dalam badan
✔Mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi
✔Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi pembebasan tenaga
✔ Boleh diminum oleh ibu hamil

Perlukan MIGHTY 3GEM SET untuk persediaan puasa anda? Dapatkan sekarang dengan HARGA TERBAIK dari saya!


nor seri Aizat bt mohd nor
SID: 859015 (mohd yamin)
no tel:0172044124 

Thursday, June 20, 2013

Supplement untuk urat simpul @ vena varikos.

Di tempat kerja saya, saya akan mengepam susu di surau..
Kalau dulu, saya seorang je yang akan pam susu disitu..
sekarang dah ade geng..
tambah lagi 2 orang..=)
best.. boleh sembang2 sambil mengepam..

diorang guna medela freestyle..
saya guna spectra3..
walaupun harga jauh berbeza..
namun kuantiti susu saya tidak menghampakan..
=)
hihi..
masih 7-8 oz sekali pam..
menurun sikit berbanding dulu 10-12 oz..
perkara ini biasa, sbb tu saya tak risau sangat.. sbb semakin anak bertambah umur, semakin susu berkurang kuantitinya...

sambil2 mengepam, sorang akak tu crite..
'akak takde masalah nak tambah anak lagi, sbb akak tak pernah alah teruk.. tapi.. akak ade masalah varicose vein yg teruk setiap kali mengandung.. sehingga sakit kemaluan sbb varicose vein dah sampai ke paha dan ke bahagian kemaluan..'
'sampai satu tahap tu, akak terpaksa naik wheelchair untuk shopping barang rumah dengan anak-anak'

mmg saya amat terkejut.. sbbnya.. sy ingat varicose vein ni hanya ada di betis kaki sahaja dan tak sangka seteruk itu..

maka, balik dari sekolah saya terus study ttg varicose vein @ urat simpul ini..



urat simpul @ vena varikos


varicose vein selalunya terjadi terhadap kaki. ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bila berdiri atau berjalan, dan juga aktiviti-aktiviti yang memberi tekanan terhadap urat.

Antara faktor yang boleh menyebabkan varicose vein ini terjadi dan menjadi lebih teruk ialah:
-sedang mengandung
-berdiri terlalu lama.
-berat badan berlebihan
-usia- lebih terjadi kepada orang yang lebih tua
-jantina- sering berlaku terhadap perempuan

Bagaimana terjadinya urat simpul @ vena varikos?

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.

Antara vitamin yang dicadangkan untuk varikos vena @ urat simpul ini ialah:

Vitamin B complex

Vitamin b complex dapat membantu merawat vena varikos. Berdasarkan MotherNature.com, kita haruslah mempunyai vitamin b yang cukup untuk keperluan diet, seperti vitamin B9 atau asid folik, Vitamin B12 atau cobalamin dan vitamin B6 atau Pyrodixine terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah urat atau saraf. Selain itu, Vitamin B3 juga penting untuk membaiki peraliran darah dalam vena dan arteri. Hasil kajian University of Maryland Medical Center.


Vitamin C

Vitamin C ialah vitamin larut air, dan kita perlukan vitamin c utnuk membantu pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan juga elastin yang mana membantu kulit untuk meregang.Berdasarkan  According to website MotherNature.com, tisu ini dapat membantu untuk memastikan dinding vena sentiasa kuat dan fleksibel, membantu untuk mengelakkan vena varikos. pengambilan vitamin yang kurang boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis, iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya strok dan sakit jantung. 


Vitamin E

Vitamin E membantu untuk mengelakkan berlakunya urat simpul dengan mengalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri. Vitamin E juga membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat. 

info diperolehi :
http://www.livestrong.com/article/333072-vitamins-for-varicose-veins/
Jom kita dapatkan Vitamin b complex, Vitamin c dan vitamin E untuk  mengelak dan mengubati varicose vein..pilih la shaklee untuk vitamin yang selamat dan berkesan..

Hubungi saya pengedar sah shaklee..
Nor Seri Aizat 
id:859015 ( Mohd Yamin)
0172044124

Wednesday, June 19, 2013

kulit makin cantik dengan esp.

percaya atau tidak...
kulit saya makin cantik..
makin glowing..
kalau sebelum ini kulit saya sangat la kusam..
sekarang tidak lagi..
rasa moist saje..

lubang2 di muka pun makin kecut..
sekarang ni asyik belek muka saje.. hihi

saya lebih percaya kecantikan dari dalaman..
kalo kita pakai luaran.. mmg boleh cantik dengan cepat..
tapi tak tahan lama..

kalo makan supplement mmg kena byk sabar..
tapi akhirnya mmg berkesan.. dan kulit mmg jadi cantik...=)

sekarang ini saya tgh consistent makan vitamin e pula.. hihi.. 

tengok la kulitku yang kusam.. ni raya tahun 2012

jeng..jeng.. jeng.. comel tak kak ton? kulit makin cantik, parut jerawat makin pudar, lubang2 makin mengecil (bulan 5 2013)

jom kita tengok testimoni org lain pulak..


testimoni pengguna 1:

Penggunaan ESP+b com+ostematrix+vit E+GLA
Kulit bertambah halus
Jerawat tiada
Badan bertenaga,kurang rasa lapar..dalam mase sebulan dah nmpk hasil



Testimoni pengguna 2:

Salam,
Dah lama nk share tp xtershare2 so hari ni amik masa jap nk share..testimoni diri sendiri ...dulu kulit muka sgt2 la berminyak,kusam,jeragat,keputihan,haid x teratur sejak dari ank dara lagi dan sush nk buang air besar..uhh tensen masa tu...lepas amalkan pengambilan alfafa,vit. E, b complex dan esp ramai pulak yg puji kulit muka nampak seri lain macam...dan masalah keputihan, jeragat, kulit kusam dan berminyak ilang...dan haid x teratur dan susah nk buang air besar dh xde..yeayy sgt2 hepi... tq buat BONDA SHA & VITAMINN SUPPLEMENT sb kenalkan sy pd produk shaklee ni...i love shaklee..



Testimoni pengguna 3:

Baru 2 minggu guna produk Shaklee
Hasilnya:-
-Jerawat Kecut
-Parut mula pudar
-Body dah susut
Adik saya cakap,badan saya dah kurus,nanti kalau kurus sangat takut x sesuai dgn ketinggian saya.dia syorkan bagi je semua shaklee tu pada dia.
Waduh....waduh...mmg bijak adik saya.


sekiranya anda inginkan kulit yang cantik dari dalam.. boleh contact sy di 0172044124..
harga yang murah menanti anda..
jom cantik dengan shaklee!
fb: Nor seri Aizat
sms/whatsapp 0172044124
id shaklee: 859015 (mohd yamin)

Thursday, June 6, 2013

Tips: membawa ebm dari kampung ke rumah

assalamualaikum..
salam jumaat semua..
hari ini saya nak ceritakan bagaimana untuk handle ebm yg telah kita dapat sepanjang berpantang di kampung..
saya berpantang di selama perak..
rumah saya di seri kembangan..
perjalanan mengambil masa hampir 5 jam lebih.
so, kalau tak di handle dengan betul.. boleh mengakibatkan ebm jadi rosak.

ok, jom tengok macam mana saya buat..
pastikan ais penuh menutupi ebm ye! (bukan macam ini)

ais di letak di bahagian bawah bekas polisterin dan di letakkan ebm di selangselikan dengan ais.. 
dibahagian atas perlu dipenuhkan dengan ais.. 
anggaran ais yang saya beli ialah rm1 sahaja.
tengok saya tak letak penuh pun ais. sbb tak sabar nak tangkap gambar..=P
setelah habis letak ais.. taburkan garam secukupnya.. kerana garam dapat merendahkan suhu.
 
 kemudian, lapikkan di atas dengan kain lampin. untuk mengekalkan suhu sejuk. disamping untuk mengelakkan haba masuk kedalam bekas ais.


akhir sekali, tutup rapat-rapat dan teruskan seal sekeliling bekas ais dengan selotape besar / masking tape. kalau tiada selotape, ikatkan dengan tali rafia.. dan ketatkan ikatan untuk memastikan penutup kotak ais tidak terbuka.

ok.. harap ia dapat membantu ibu-ibu baru di luar sana..

di dalam kereta, pastikan kotak ais di letakkan didalam kereta bukan di dalam bonet. suhu di dalam kereta lebih sejuk berbanding bonet kereta. 
sekiranya perjalanan anda jauh.. lebih daripada 5jam.
cuba check ais yang ada di dalam kotak ais ini..sekiranya sudah mencair dengan banyak.. berhenti di kedai..
dan beli ais yang baru dan gantikan dengan yang lama..

semasa sy handlekan kotak ais sy.. sejurus sampai terus sy check samada ebm sy sudah mencair atau belum.. fuh.. masih selamat, masih lagi beku..
tapi di dapati ais ada sedikit mencair.. 

sekiranya ada ebm yang dah mencair, apa yang perlu dilakukan?
sila guna ebm yang mencair itu untuk 24 jam..

ok.. setakat ini sahaja.. sebelum saya akhiri entry ini..
saya nak beritahu bahawa bulan ini promosi bagi mealshakes..
beli 6 free 1.
harga mmg meletup..
berpuluh-puluh ringgit murah berbanding harga asal..
jom dapatkan sekarang daripada saya..

pm/whatsapp/sms/ 0172044124
fb: nor seri aizat

Monday, May 27, 2013

mesin jahit brother

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu..
cuti sekolah dah bermula.. yeay.. seronok betul budak2 sekolah. Sama juga dengan cikgu cikgi... Yang dah merancang tunaikan umrah.. dah selamat pergi..
Ade juga yg merancang melancong tak kira la luar negara atau pun dalam negara.. Saya? Duk rumah je.. menanda paper, melayan anak2.. sambil2 buat bisnes dari rumah..♥♥♥

 Pagi tadi makan tempat kegemaran.. namanya roti canai d'bukit.. Roti canainye mmg sedap.. ramai pula orang kat situ... sekali order kami order 5 keping.. hihi.. 2 keping utk ayah, 2keping utk ibu sekeping utk iman..:-)

Kalau saya saya suka dal tambah sambal.. kalo cik abg dia suka kari kambing.. kalau nak isi kambing pun boleh tapi cas lain la.. hihi.. kuah boleh refill sendiri. Mee jawa dia pun sedap.. tak tau la kalo org jawa kata xsedap.. hihi.. sbb sedapla bg tekak org bukan jawa.. kih3 Otw balik bawa iman main di UPM.. Ayah menunaikan janji untuk main bola...


Otw balik dari UPM saya cakap kat cik abg.. rs cam nk beli mesin jahit laa... dah tau nama kedai.. Nama kedai LSN .. kat cheras.. jln damai perdana.. Sebenarnya daripada sebelum pilihan raya lagi nk pergi kedai tu.. Tapi.. tak jadi.. sebabnye kedainye tutup pukul 6petang.. saya lak bgth cik abg pukul 5.30.. So.. mmg tak sempatlaa..

Kali ini mmg nk pastikan dapatkan sebuah mesin jahit.. Mmg nk cari yg biasa2 je.. yyg boleh jahit lurus dan ada corak2 sikit2 je...
Bukan apa.. nti bli mahal2.. tak menjahit simpan je mesin jahit.. kn dh rugi..
Sebab sy mengenali diri sy yg ikut mood... kih3...
 So.. di sana sy dapatkan mesin jahit jenama brother Gs2700.. Harga offer rm790 , harga biasa rm849...

Ok la kan.. kalo survey harga tempat ni yg murah.. ni la gambar mesin jahit yg saya beli.. dah amik gambar tapi tak boleh nak upload kat blog.. so terpaksa la google je.. pagi tadi sempat jahit seluar-seluar yg terkoyak, kat ketiak jubah, jahit kaki kain yg labuh.. hihi

Syok juga dapat jahit.. nampak nye cam gian nak jahit lagi.. misi lepas ni jahit sarung bantal adam.. dah boring tengok sarung bantal yang ade..huhu
 ok la.. esok nak balik kampung dah.. lepas ni lambat lagi la update..
nak cari kain2 buat baju.. dah lama tak jahit baju sendiri..=)

Monday, May 20, 2013

Pengalamanku bersama Shaklee

saya mula mengenal shaklee dulu lagi..
masa ibu dan ayah dikunjungi oleh anak sedaranya yg jual shaklee...
masa tu sy kecik lagi...
tak tahu ape yang ibu ayah beli...

masa saya bersalinkan iman...
saya tidak ambil sebarang vitamin..
saya makan jamu yg dibuat sendiri oleh opah saya..
arwah opah saya mmg dari dulu lagi bt jamu, kapur boros (sapu seluruh badan untuk memanaskan badan ibu), minyak sapu utk ibu dan anak, dan juga tuam untuk anak..
mmg serba lengkap!
mmg saya tak beli set bersalin daripada luar.. homemade!
hihi

saya makan jamu selepas anak dah tak ade kuning( jaundis)
mmg pahit.. siap makan dgn madu lagi!
ada juga hari2 yg saya lari drp makan jamu.. =P

masa tukang urut datang rumah. masih lagi saya ingat, saya berjalan sangat2 perlahan.
bila dia suruh baring.. saya jerit sakit... sebab kat bawah tuu... sakit sangat.. huhu
saya tengok muka kakak urut tu.. cuak!
hihi. sori kak... mmg sakit...

hari-hari berikutnya baru la saya ok sket.. tapi still kena jalan perlahan2..

masa saya berpantang.. saya lambat buat stok EBM.. (stok susu)..
saya rasa hari keberapa belas baru saya mula bt stok..
sbb sy ingatkan lambat pun takpe..
tunggu breast keras baru mau perah..
baru la terhegeh2 pam..

akhirnya... bila nak masuk sekolah.. mmg stok saya dalam freezer nampak banyak...
tapi, bila setiap hari guna ebm..
tak sampai 2 bulan dah habis sume EBM saya..
sedih2...
dulu bangga sangat dapat penuhkan freezer.
padahal, sekejap je habis..

tapi.. saya tak putus asa.
saya teruskan pam. waktu tu saya di sekolah lama, ade pantry.. so kunci pintu pantry dan pam.
susu saya cukup2 je..
ade satu ketika.. suami saya terpaksa datang ke sekolah untuk ambil susu yg saya baru perah untuk beri kepada iman...
pengasuh pun duk cakap.. iman lapar tak cukup susu...
mmg saya stress...!

kemudian, ade sahabat saya mely cuba approach sy dengan produk shaklee...
eh, macam penah dengar je shaklee ni!
ok la try la..
waktu tu ade trial set.. sy pun try la trial set dulu...
mmg susu jadi banyak..
cuma kena minum air byk2 dan kerapkan pam...
alhamdulillah..cukup untuk iman..

waktu puasa, mmg dugaan bagi saya..
susu mengurangkan dirinya =P
saya try ambil ESP dan Performance Drink (PD)..
mmg tak letih masa puasa..
susu pun masih meriah.

sejak hari itu saya mmg puas hati dengan shaklee.. terutamanya set menyusu..
tanpa saya sedar... kulit muka saya menjadi bersih dan lembap..
adik saya pernah tegur..
'kulit hang jadi cantik sebab hang ambil vitamin shaklee kot'
hehe..

semenjak itu..
saya menjadi pengguna setia shaklee...
tanpa ragu sebab shaklee merupakan syarikat yg dah establish lebih drp 50 tahun..
setiap produk di lakukan penyelidikan dengan dana yang begitu banyak..
produknye tiada unsur tak halal dan yang pasti tiada dadah..
produknya sentiasa natural...

mesti kita nak pilih yang terbaik kan?
saya mmg yakin dengan shaklee
sbb shaklee natural, berkesan dan selamat...

semenjak saya mengandungkan adam (anak kedua)..
sepenuhnya produk shaklee...
hb saya sentiasa tinggi 12 ke atas..
doktor pun puji dengan bacaan hb saya...
saya lebih bertenaga..

adam yang lahir saya rasa sangat mudah..
kulitnya bersih dan putih..
orang kata makan soya kulit anak jadi sensitif..
tapi dengan ESP.. kulit adam jadi bersih dan cantik..
sebab ESP non GMO soya...

saya berpantang dengan shaklee..
luka cepat sembuh dan saya cergas 'tak seperti orang berpantang' kata adik saya.

stok susu saya pun banyak.. Alhamdulillah..
saya mula pam dan membuat stok pada hari ke 5 berpantang...
saya sudah beli satu freezer utk letakkan stok susu saya...
saya harap saya dapat menyusukan adam sepenuhnya sehingga 2 tahun...
amin... =)


ahh... panjangnye cerita..
lain kali saya cerita lagi...

sesiapa yang berminat nak tahu lagi tentang shaklee dan produk bersalin dan menyusu shaklee.. boleh contact saya terus ye! 0172044124 seri aizat..
boleh add saya di fb Nor Seri Aizat

Wednesday, May 8, 2013

Ostematrix untuk ibu mertua sakit kaki dan sengal badan

Bahang pru 13 masih terasa lagi walaupun dah beberapa hari telah berlalu..
kami sekeluarga balik ke kampung di perak..
suami di beruas manakala saya pula di selama perak..

balik ke kampung suami dulu baru ke kampung saya...
nasib baik sejalan je... takde la nak masam2 muka...


di dapur..
mak mertua tanya..
'yang bagi ritu tu ubat ka?'
saya: bukan ubat.. tp supplement
mak mertua: oo... tak tau la. dulu mak selalu sakit2 tulang.. tak boleh tido mengiring.. kalo tidur mengiring.. siapla pagi tu.. lenguh, sengal badan... kena urut dulu baru ok....
lagi satu... bila mak solat, time tahiyat akhir mmg sangat seksa.. habis2 bagi salam.. mak terus betulkan kaki.. urut2 kaki.. baru lega.... mak tak makan apa2 ubat cuma mak ambil yang tu ja (sambil tunjuk ke arah ostematrix)..  
saya: Alhamdulillah..
mak mertua: tula.. mak pun cerita kat kawan2 mak.. depa pun duk tanya harga berapa..


siapa yang tak gembira.. bila tengok ibu ayah ceria kan?
Alhamdulillah..

sebelum ni asyik baca testimoni orang je... skrg dah dapat testimoni sendiri..
so, cepat2 belikan ostematrix untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang..

ostematrix bukan sekadar kalsium.. tetapi terkandung kalsium, magnesium dan vitamin D..
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

Thursday, April 18, 2013

Kurus secara sihat dengan cinch shake

Menyentuh soal turunkan berat badan, ramai yang berpendapat kurus lebih baik dari gemuk. Dari satu sudut, ya ia memang betul. Obesiti mengundang banyak masalah kesihatan.
Tapi bila seseorang dah mengalami masalah obesiti dan berhasrat nak kurus dengan cepat, kadang-kadang kehendak itu menjadikan dia bertindak sendiri untuk hasil yang dramatik.
akibatnya satu diet plan yang tak sihat.

Apakah diet plan yang tak sihat?

  • Kurang lagi mengurangkan nutrisi
  • SUkar untuk diikuti
  • Kesan yang terlalu lambat
  • Bahan-bahan yang tidak selamat
  • Memperlahankan metabolisma

Cara Diet yang BAHAYA!

  • Kebanyakan cara berdiet menyebabkan anda kehilangan lemak nda jisim otot.
  • Kehilangan jisim otot amatlah kritikal kerana ia memperlahankan metabolisma – badan mampu membakar kalori dengan kadar rendah.
  • Sekiranya berhenti berdiet, badan tidak mampu membakar kalori seperti sebelumnya, jadi badan akan naik semula.
  • Ini dipanggil kesan yo-yo.

Apakah Cinch?

 

Cinch dikuasakan dengan Leucine:
  • Menjaga otot
  • Membakar lemak
  • Menurunkan berat badan dengan mengurankan lemak

Apakah leucine:

  • Sejenis asid amino
  • Memberikan rasa kenyang
  • Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  • Menyokong kadar metabolik dengan menjaga otot

Kenapa Cinch Shaklee?

Cinch dihasilkan oleh doktor2, nutritionist dan saintis Shaklee. Program CInch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu:

  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
  • Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal
Jika anda memilih untuk diet cara sihat, pilihlah yang mempunyai ciri-ciri di atas. Alang-alang kurus, biarlah kekal kurus dan kekal sihat.

Kesuburan suami dan isteri

Assalamualaikum..
isu  kesuburan mungkin menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang.. siapa yang tak mau anak kan? semua orang inginkan anak untuk melengkapkan kehidupan mereka.. segala usaha telah dilakukan.. namun jangan putus asa.. teruskan berusaha dan berdoa dan terus berdoa..

saya ingin membantu kawan-kawan untuk berikhtiar mendapatkan cahaya mata.. sekiranya berminat sila lah baca apa yang saya nak katakan dibawah ini.. =)

credit to Mommy Lyna untuk info ini~*
Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!
Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
  1. Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  2. Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  3. Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  4. B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.


Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.


Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

sekiranya berminat sila lah hubungi saya 0172044124 Nor Seri Aizat...
 kita berusaha namun Allah menentukan segalanya~~

Tuesday, April 9, 2013

Vitamin untuk hilangkan migrain..

Migrain!! sakit kepala!! 
Aduhh... memang tak tertahan sakitnya! sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding...
Siapa pernah alaminya??
jom kita baca info tentang migrain / sakit kepala ni..=)
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain 
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  1. Kekurangan zat dan nutrisi
  2. Faktor keturunan
  3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

 

 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

credit to mommy lyna..=)
 
Boleh hubungi saya untuk membuat pesanan.
Nor Seri Aizat 0172044124 /familyiman@gmail.com
id shaklee 859015

Monday, April 8, 2013

Hari yang sibuk tak sempat nak pam susu..

Assalamualaikum...
harini mmg hari yg sangat sibuk..
memandangkan sy merupakan guru bertugas di sekolah.. kena dtg awal ke sekolah..
keluar awal, tapiii. jem teruk berlaku di persimpangan berhadapan dengan Giant seri kembangan..
sy mengambil masa 25 minit lebih untuk sampai ke sekolah.
fuhhh...
sampai2 je terus ke tapak perhimpunan selepas thumb print.

Kena bg ucapan guru bertugas lg..
haha.. yg paling lawaknye boleh lak sy tersyasyul cakap.
"Puan Sharifah Noor bin Abas"
haha...
budak2 terus gelak berdekah2..
tahhape la dorang ni...
sabo je la..

lepas je perhimpunan terus ke kelas.. sampai la kul 1.05 pm... non stop kelas.. berenti pun waktu budak rehat...
nak ke kantin pun tak sempat!!! huhu

habis je waktu mengajar ade lak mesyuarat sampai kul 2.30pm.
waaa... cik B dah mengeras.. sakitnye..
tak sempat pun nak amik masa nak pam...

sampai je rumah terus pam susu..
hambik. 17oz sy dpt perah susu...

pelik.. tp benar...
walaupun tak makan nasi.. sy still bertenaga..
Nasib baik sy sempat minum ESP + Milo sebelum ke sekolah...
lebih bertenaga, tak lapar..

saya ni kalo lapar.. badan jadi letih sgt. tp yg paling teruk... emosi tak dapat kawal... haha...
ade je yg nak kena marah nti...
'bila perut kenyang, hati pun manyak senang woo' hihi

ESP mmg pilihan kita yg sentiasa sibuk sehingga tak sempat breakfast...=)
Siapa yg belum cuba ESP, cuba la.. pasti tak rugi....
kulit pun makin cantik, lembap je..
yg sy dpt rasa, pori2 sy yg terbuka luas.. semakin mengecil.. =)

sejak sy balik ke sekolah selepas cuti bersalin 3 bulan... ade cikgu2 yg tegur sy nampak lebih lain..
kulit makin cerah... kembang semangkuk la sy kejap.. tak rugi minum esp hari2.. tahan 2 bulan lak tuu 1 canister ESP.. berbaloi2..





sekiranya nk dptkan esp

boleh hubungi saya 0172044124


Friday, April 5, 2013

Vitamin untuk pelajar.. lebih fokus dan kuat ingatan

Mungkin ramai yang tak tahu ttg vitamin shaklee yang khas untuk kesihatan dan kecerdasan otak pelajar.. opps.. bukan aje pelajar je boleh amik.. kite yg dah makin tua ni.. elok juga ambil utk tak cepat lupa ingatan.. hehe..

Apa kata kita beri anak-anak atau adik beradik kita yang masih belajar dengan supplement shaklee yang ternyata asli tanpa unsur bahan kimia.. 
 

Di dalam set ini terdapat:
Mealshakes
Omegaguard
Lecithin 
B complex
 
Jom kita tengok apa yang ada utk set pelajar ini..

Mealshake



  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.

Omega Guard

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin

  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.