Our Journey

Our Journey

Thursday, June 6, 2013

Tips: membawa ebm dari kampung ke rumah

assalamualaikum..
salam jumaat semua..
hari ini saya nak ceritakan bagaimana untuk handle ebm yg telah kita dapat sepanjang berpantang di kampung..
saya berpantang di selama perak..
rumah saya di seri kembangan..
perjalanan mengambil masa hampir 5 jam lebih.
so, kalau tak di handle dengan betul.. boleh mengakibatkan ebm jadi rosak.

ok, jom tengok macam mana saya buat..
pastikan ais penuh menutupi ebm ye! (bukan macam ini)

ais di letak di bahagian bawah bekas polisterin dan di letakkan ebm di selangselikan dengan ais.. 
dibahagian atas perlu dipenuhkan dengan ais.. 
anggaran ais yang saya beli ialah rm1 sahaja.
tengok saya tak letak penuh pun ais. sbb tak sabar nak tangkap gambar..=P
setelah habis letak ais.. taburkan garam secukupnya.. kerana garam dapat merendahkan suhu.
 
 kemudian, lapikkan di atas dengan kain lampin. untuk mengekalkan suhu sejuk. disamping untuk mengelakkan haba masuk kedalam bekas ais.


akhir sekali, tutup rapat-rapat dan teruskan seal sekeliling bekas ais dengan selotape besar / masking tape. kalau tiada selotape, ikatkan dengan tali rafia.. dan ketatkan ikatan untuk memastikan penutup kotak ais tidak terbuka.

ok.. harap ia dapat membantu ibu-ibu baru di luar sana..

di dalam kereta, pastikan kotak ais di letakkan didalam kereta bukan di dalam bonet. suhu di dalam kereta lebih sejuk berbanding bonet kereta. 
sekiranya perjalanan anda jauh.. lebih daripada 5jam.
cuba check ais yang ada di dalam kotak ais ini..sekiranya sudah mencair dengan banyak.. berhenti di kedai..
dan beli ais yang baru dan gantikan dengan yang lama..

semasa sy handlekan kotak ais sy.. sejurus sampai terus sy check samada ebm sy sudah mencair atau belum.. fuh.. masih selamat, masih lagi beku..
tapi di dapati ais ada sedikit mencair.. 

sekiranya ada ebm yang dah mencair, apa yang perlu dilakukan?
sila guna ebm yang mencair itu untuk 24 jam..

ok.. setakat ini sahaja.. sebelum saya akhiri entry ini..
saya nak beritahu bahawa bulan ini promosi bagi mealshakes..
beli 6 free 1.
harga mmg meletup..
berpuluh-puluh ringgit murah berbanding harga asal..
jom dapatkan sekarang daripada saya..

pm/whatsapp/sms/ 0172044124
fb: nor seri aizat

No comments:

Post a Comment