Our Journey

Our Journey

Monday, December 26, 2011

3 tahun lagi....

2012,2013,2014
mari kita mengira tahun......

insyaAllah dlm masa 3 tahun... abg akan habiskan PHDnya...
aminnn....

kami semua sentiasa mendoakan abg...
syg dan iman sanggup berkorban untuk kejayaan abg...
harap syg akan trus dapat memberi semangat kepada abg sehingga abg habis pengajian....insyaAllah
dan syg harap abg akan sentiasa consistant dan momentum abg terhadap kerja sentiasa berterusan...

segala yang berlaku sebelum ini ada hikmah yang amat berharga...
Allah dah aturkan segalanya untuk kita....
akhirnya kita nampak apa yg dah diqada qadarkan oleh Allah....
Alhamdulillah...


kami doakan kejayaan abg...amin..amin..amin.....
kami sayang ayah....=)
gambar di floria putrajaya 2011

Thursday, December 22, 2011

Moga wa cepat sembuh..

wa...ataupun nama penuhnya siti salwa bt. shaari..
adik ipar ku...
telah mengalami eksiden semasa hendak ke pejabatnya di melaka...
sekarang berada di hospital melaka.
semalam kami dpt berita dari ayah mertuaku...
maka suamiku trus decide pegi melawatnya memandangkan kami adalah saudara yg terdekatnya....
saya cuti sekolah kan...so dapat la pergi melawat wa di hospital..
sampai di sana, abg trus masuk ke wad kecemasan.. dimana wa diletakkan di wad kecemasan separa kritikal...
kwn wa dah ade kat sana...
yg sampai lebih awal  dari kami ialah makcik2 amanah ikhtiar yg dibawah jagaan wa..

paksu dari putrajaya pun datang...


moga wa cepat sembuh.... dan tiada kecederaan dalaman dan di bahagian kepala....amin..

Monday, December 19, 2011

Rainbow cake?

Dah lama sy mengidam nak bt rainbow cake...
tiap kali bukak blog org masak2 mesti tertarik dgn rainbow cake yg warna warni itue...
terutamanya dr blog kak azlita
mmg vavavoom la tgk cara dia deko kek tuu...
tengok pun dah terliur....

so hari ni sy bertekad nak bt gak rainbow cake...
bahan2 sume dah ade....
so, lepas je masak untuk iman..
mula la bt sket2.. menyambil org kata...

tak jd rainbow..juz 4 layer..cam warna umah sukan.. merah kuning ijau biru.
hasil deko tangan ketaq2... haha..
buat suprise kat abg.... sempena hari isnin...=P
resepi rainbow cake:

Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang (saye guna 1 loyang je)
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


ni la resepi yg saye ikut...
tp malangnye.. bab menimbang kek tu.. sy tak bt... pakai agak2 je... thats why juz dpt 4 layer..
tu la menderhaka lagi kat resepi org
huhu...
apa2 pun kek dah menjadi dgn jayanye...
hepi je rini menunggu cik abe balik... 
suh dia potong...


'komennye: 'sedap, boleh la nak bt kek kawin yong, tapi... tulisan je buruk'
haha....
ni galakan kan ke mengkondem nih... huhu


ape2 pun
'PEACE NO WAR'

Wednesday, December 7, 2011

resepi mini pizza

Semalam sy dah bt mini pizza...
penat gak la mengadun doh...
sambil uli2 doh.. duk berangan la nak beli bread maker...
'kan senang kalo ade bread maker...campak2 bahan.then tekan je on..siap'
berangan lagi...
'kalo ade mixer besar best gak ni..macam2 leh bt..hihi'

nasib baik iman tido time menguli.. kalo tak berperang gak la... ade je dia nak tolong uli same...
resepi ni sy amik dr dapur kak yati

jumbo pizza sblm di bakar.. letak serbuk oregano bg wangi cam pizza sebenar..=p

ni hasilnya.....=)

Resepi Doh Roti (sesuai untuk mcm2 jenis roti...)


Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti (lebih kurang 2 cawan)
  • 50 gram tepung gandum (1/4 cawan)
  • 2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 140 ml susu suam@air suam (sy guna susu penuh krim)
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu (sy tak letak pun)
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • mix vegetable dan mix cheese
  • sos
  • mayonis
  • serbuk oregano
Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. (sy Uli je)
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. untu mini pizza, bt  bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti
cuba jgn tak cuba ye... pasti menjadi!

Monday, December 5, 2011

Cuti sekolah...

cuti sekolah dah bermula..
abis2 je sekolah hari jumaat tu... terus balik kg...
tumpah kakak yg ke-2 je. hubby takleh antar sbb dia byk bz lorr...
memandangkan kakak yg ke2 (nyah) nak balik kg... sy pun menumpang la ketenye... ade event kat kg.. sbb tu kami perlu balik. hihi

sy duk kg...2 minggu... hihi.
semalam baru sampai umah di SK..
iman mula2 takde la meragam sgt.
tp 3hari berlalu..dia mula nangis2 bila ibu dia bangun..tinggalkan dia..
nangis cam kena cubit..aihh.... dah kenal org!
bila sy dtg balik..boleh lak gelak2...
aduihh...

opah iman ckp... ni pelakon kanak2 terbaik ni!
sampai ibu iman nak gi toilet pun susah..hihi...

mula2 cuti... rs best je duk kg...
tp bila masuk hari ke 4.....
adoi...susahnye takde asistant.. iaitu my hubby...
kat kg. kena berkeleklah ngan budak tecik nih...
ngan tokwan pun dia tak mau sgt...
opah sakit kaki.taklarat nak dukung iman yg makin montel sejak duk kg...
kuat makan dah ye anak ibu...
feberet food: bubur nasi isi ikan... nyam2... byk protein..baik utk pembesaran dan otak...=)

sejak kat kg.... dia dah mula pandai berdiri tanpa pegang ape2.... hebat anak ibu!
pastu dalam sehari berikutnya...iman mula memberanikan diri.. berjalan setapak dua then jatuh...
jatuh tak nangis ok! biasalah anak lelaki la katakan.....

skrg.... dia dah mula berjalan 5,6 tapak....
clever boy!
rs rasa dalam pertengahan bulan ni....or bulan depan.... iman pasti boleh jalan terkedek2... haha....
ibu nak cari kasut utk iman.... bagi iman biasa berkasut...


ri sabtu lepas... adik sy aimi kawin...
tahniah diucapkan kepada amy dan hasan.
moga perkahwinan mereka bekekalan hingga ke syurga... amin.....



cuti sekolah ni nak digunakan sebaiknye...
dlm minggu ni nak try  bt mini pizza.. thats my target! hihi...
rs nak bli mixer besar la... huhu... budget2....