Our Journey

Our Journey

Friday, October 29, 2010

Khas buat abg yang dicintai...

Abg,
Kita sudah setahun sebagai suami isteri,
suka duka kita kongsi bersama,
ketika syg masih di Selama,
abg akan berulang alik dr seri kembangan ke kg 2 minggu sekali..
duit jgn dikira...
bagai air duit tu abis.

Abg,
kini syg dah bersama abg,
mengajar dekat dengan rumah,
hari kedua di sini,
syg dah sah pregnen 8minggu,
hepinye tak terhingga...=)
rase cam nak lompat2 kat depan doktor tu..
tp tahan je la....
abg pun sengih je tak abis..

Abg,
syg bersyukur dpt abg yg penyayang...
sejak syg pregnen..
sejak tu abg tak penah bg syg bwk benda berat2..
sume abg yg angkat...
sian abg.. =) (hehe)
abg pimpin tangan syg kemana saja..
abg layan kerenah ibu mengandung..
waktu awal2 mengandung, syg slu muntah2 sana sini...
brentikan kete kat tepi jalan tu suatu yg biasa bg abg...
syg dah tak tahan.... nak muntah...huhu
bile makan lak.. byk yg syg takleh makan...
bile makan...muntah....huhu...
abg layan jer...kdg2 bile teringin nak makan, abg belikan..
tp bile syg makan syg muntah balik...
sory abg.. syg tak sengaja...
abg kata takpe.... kita cari makanan lain...huhu

Abg,
syg selalu la tak larat time mengandung ni...
ble tak larat nak demam.. cepat2 abg bwk gi klinik...
walaupun syg cuma demam sket nak mengharapkan mc utk rehat kat rumah...

Abg,
abg la tukang urut yg terbaik utk syg,
skrg baby dah besar dlm perut syg,
kaki syg slalu lenguh2...
abg la yg urut, walaupun tak profesional sgt,
tp urutan abg dengan lawak jenaka.. buat sakit syg ilang....
abg, ingat tak lagi,
awal mengandung syg slalu masuk angin,
abg juga yg urutkan...
hati2 takut kene kat baby...
abg sediakan minyak cap kapak sentiasa bersama abg...

Abg,
terima kasih kerana sentiasa sediakan lengan abg utk syg tido,
kalo abg takde kat sebelah,
syg rase takleh tido,
lepas syg tido, abg akan sambung buat kerja abg,
terima kasih abg...

Abg,
sejak syg dtg sini,
syg tak pernah bwk kete,
sume tempat yg syg nak pergi, abg akan bawak..
pegi balik sekolah,
pegi makan mee rebus kat jab. pertanian,
gi grand union bli barang,
sume tempat la abg yg bwkkan..
abg kata..
sepanjang pregnen ni.. biar abg yg bwk kete..
abg bwk kete ngan hati2..
walaupun kadang2 abg bwk laju...
syg terpaksa tegur ek... hehe..

Abg,
abg suamiku yg penyayang,
tiap kali abg berbual dengan baby dlm perut ni..
baby akan bergerak2... tendang2 perut ni..
hepinye syg time tu...
abg, tiap kali abg baca yasin,
syg akan duduk kat sebelah abg,
bagi baby dengar ayah dia bc yasin...
moga2 cita2 kita nak jadikan baby sorang yg soleh dan Al-hafiz tercapai...
amin..

Abg,
terima kasih kerana selalu memahami syg,
bila syg sedih abg gembirakan,
bila syg marah abg redakan,
bila syg kecewa abg peluk syg,
bila syg berfikir negatif abg slalu beri cas positif..
bila syg ckp merepek, abg bg nasihat..
bila syg pening, abg urutkan..
bila syg lapar cpt2 abg ajak makan,
bila syg dahaga, abg terus bwkkan air kpd syg..

Abg,
terima kasih...
atas segalanya...
syg sayang abg...
i luv u...
wo ai nii..
abg la yg terbaik utk syg...
moga syg juga yg terbaik utk abg....
semoga rumah tangga kita sentiasa dibawah rahmat Allah..
aminn....

jalan2 malam di masjid putrajaya..
waktu ni syg tgh pegnen 3 bulan.. abg bt candle light dinner suprise...tq abg..=)









Saturday, October 23, 2010

Air Gula...

Pada ketika menulis entry ni, sy sudah pun pegnen 6 bulan lebih..(26minggu). Baru minggu lepas buat check up kat klinik kesihatan Seri Kembangan.. saya telah set appointment kul 8 pagi.. so kami sampai awal di klinik tu, utk amik nombor.. kalo tak mesti dapat treatment lambat.. huhu..
sblum pegi klinik, kami singgah jap gerai nak bli nasi lemak.. hehe.. spt biasa kami akan duk kat bangku kat area klinik dan makan.. perut nak kena isi gak! hehe..

pas makan, kami pun tunggu la spt org lain, hmm.. no still tak panggil lg.. tunggu punya tunggu tgk2 hubby dah tido kat sebelah.. penat tunggu agaknye...=P (hubby kena paksa sbb sy takde kwn nak sembang kih3)

ok, no dah panggil.. timbang berat. haaa.. berat naik 49.85kg.. kalo tak silap bulan lepas 46.5kg.. dah naik 3kilo lebih.. hehe.. kuat makan tul la!
pas chek berat, amik tekanan darah..ok.. pastu amik sample air kencing n hb.. sume ok..

lepas tu, kena jumpa nurse utk tgk ape yg patut.. dia kata..
"aih.. awak ni naik berat byk sgt ni.. 3kilo lebih.. nak minum air gula ke??"
"nape? takleh naik byk ke?" sy tny
"patutnye sbulan naik 2kilo jek" dia balas
'hehe.. sy ingatkan lg bagus naik berat badan, baby pun sihat "boleh lak sy bt lawak kat situ
"Awak yg makan byk, awak la yg dpt lemak, baby tak de effect pun" haha.. kan dah kena!!=P
"minggu depan datang minum air gula, sblum tu kena pose dari kul 12 malam sampai 8pagi" nurse explain...
hmm.. redho je la........uhuk3

mula saat itu, sy mula kawal makan.. toksey make banyok2 doh... =P
dgn harapan berat turun sket den gula dlm bdn pun turun.. kalo tak sy dianggap penghidap kencing manis! waaa.. org kate kalo gitu, nti akan selalu kena minum air gula...
Toksey ambo!!!

Ada sket info ttg kencing manis waktu mengandung nih...

Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin  dihadapi sekiranya seseorang berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Takutnye!! oleh itu kawan2 semua..hehe.. marilah kita sama2 mengawal berat badan waktu mengandung.. jgn ingat makan dua kali ganda sbb baby ye.. sbnrnye baby amik yg kita makan..  tak perlu makanan tambahan utk dia......

 Yaminseri~




Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana limpah kurniaNya dpt saya wujudkan blog yg akan menceritakan perjalanan kami sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan membina keluarga yg bahagia.. insyaAllah...

memandangkan saya jenis yg tak pandai menulis esei panjang2.. setakat ini dulu dari saya...



yaminseri~