sblum pegi klinik, kami singgah jap gerai nak bli nasi lemak.. hehe.. spt biasa kami akan duk kat bangku kat area klinik dan makan.. perut nak kena isi gak! hehe..
pas makan, kami pun tunggu la spt org lain, hmm.. no still tak panggil lg.. tunggu punya tunggu tgk2 hubby dah tido kat sebelah.. penat tunggu agaknye...=P (hubby kena paksa sbb sy takde kwn nak sembang kih3)
ok, no dah panggil.. timbang berat. haaa.. berat naik 49.85kg.. kalo tak silap bulan lepas 46.5kg.. dah naik 3kilo lebih.. hehe.. kuat makan tul la!
pas chek berat, amik tekanan darah..ok.. pastu amik sample air kencing n hb.. sume ok..
lepas tu, kena jumpa nurse utk tgk ape yg patut.. dia kata..
"aih.. awak ni naik berat byk sgt ni.. 3kilo lebih.. nak minum air gula ke??"
"nape? takleh naik byk ke?" sy tny
"patutnye sbulan naik 2kilo jek" dia balas
'hehe.. sy ingatkan lg bagus naik berat badan, baby pun sihat "boleh lak sy bt lawak kat situ
"Awak yg makan byk, awak la yg dpt lemak, baby tak de effect pun" haha.. kan dah kena!!=P
"minggu depan datang minum air gula, sblum tu kena pose dari kul 12 malam sampai 8pagi" nurse explain...
hmm.. redho je la........uhuk3
mula saat itu, sy mula kawal makan.. toksey make banyok2 doh... =P
dgn harapan berat turun sket den gula dlm bdn pun turun.. kalo tak sy dianggap penghidap kencing manis! waaa.. org kate kalo gitu, nti akan selalu kena minum air gula...
Toksey ambo!!!
Ada sket info ttg kencing manis waktu mengandung nih...
Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.
Punca
Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.
Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.
Sekiranya pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung
Masalah kencing manis semasa mengandung
Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.
Permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya seseorang berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:
- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.
- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.
- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.
- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.
- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.
- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.
Takutnye!! oleh itu kawan2 semua..hehe.. marilah kita sama2 mengawal berat badan waktu mengandung.. jgn ingat makan dua kali ganda sbb baby ye.. sbnrnye baby amik yg kita makan.. tak perlu makanan tambahan utk dia......
Yaminseri~
No comments:
Post a Comment