Wednesday, February 27, 2013

Senarai supplemen shaklee yang disyorkan

Berikut ialah senarai supplemen shaklee yang disyorkan mengikut tahap kesihatan individu.
 
Preggy Mom Set
Vita-Lea,Vitamin C,B-Complex,Ostematrix,Omega Guard,ESP Soy Protein Isolate Powder
Confinement Set
Vita-Lea,Vitamin C,B-Complex,Ostematrix,Omega Guard,ESP Soy Protein Isolate Powder,Zinc Complex,Vitamin E
Breastfeeding Set
Vita-Lea,B-Complex,Vitamin C,Alfalfa,ESP Soy Protein Isolate Powder,Ostematrix,Omega Guard,Performance Drink
Children's Health
Chewable Vita-Lea,Chewable Vitamin C,Omega Guard,Meal Shakes
Skin Care
B-Complex,Vitamin C,Vitamin E,GLA Complex,Vivix,Collagen Powder,ESP Soy Protein Isolate Powder
Weight Management
Lecithin,Cinch Shake Mix,Cinch Energy Tea Mix,Herb-Lax
Athma,Sinus(Resdung),Allergy,Hives(Gegata),Eczema
Alfalfa,B-Complex,Vitamin C
Fertility Set
Alfalfa,GLA Complex,Vitamin E,Zinc Complex,B-Complex,Vitamin C
Haji & Umrah Set
Performance Drink,Vita-Lea,B-Complex,Vitamin C,Ostematrix,Advance Joint Health Tablet
Irregular Period/PMS
Alfalfa, GLA Complex,Ostematrix
Diabetes Set
GLA Complex,B-Complex,Vitamin C
Gout Set
Performance Drink,Omega Guard,Alfalfa
Anti-Aging Vivix,Collagen Powder
Anti-Oksidan Carotomax,Vitamin C,Vitamin E,Vivix,Collagen Powder
Students (12 years ++)
Vitalea,B-Complex,Vitamin C,Lecithin,Omega Guard,Meal Shakes
Immune Booster
Nutriferon
Men's Health
Vita-Lea,B-Complex,Vitamin C,Vitamin E,Ostematrix,Omega Guard,Performance Drink,Advance Joint Health Tablet
Individuals that don't like pills or tablets
Meal Shakes,ESP Soy Protein Isolate Powder,Vivix,Nutriferon,Collagen Powder

Nursing Pillow

Nursing pillow berisi kekabu..
berkain kapas, sejuk dan lembut..
bersaiz 9 inci (besar okeh)
sarung boleh dibuka kerana ada zip di tengah..
Nursing pillow membantu ibu untuk menyusukan bayi, tak sakit tangan dan sangat selesa untuk bayi..
bunga kecil pink dan kuning

bercorak kartun smurf..

Harga rm85.
utk dapatkan harga lebih menarik..  sms sy 0172044124

Nak kurus? Ambil Lecithin

Anda nak kurus dengan selamat dan berkesan?
lecithin adalah supplement yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan..

Jom kita baca tentang Lecithin..

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukanberlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)

testimoni tentang lecithin..=)
beliau mengamalkan esp, lecithin dan herbalax.. senaman jgn lupa ye.

Set Kecantikan

Semua orang nak cantik.. budak-budak pun pandai bila tengok kita pakai cantik dia akan tegur kita cantik, dia pun nak try pakai lipstik atau bedak kompak ibu...
Jika diberi pilihan nak cantik dalaman or cantik luaran, korang pilih yg mana?
Mesti dua-dua kan?
tapi... ramai orang lebih prefer nak cantikkan kulit di luar berbanding kecantikan dari dalam..
macam2 produk dah diguna, tapi tak tahan lama..jerawat tumbuh balik..muka kusam balik
macam2 dah guna tapi still tak cantik seperti yg dihajati..

Oleh itu, jom kita berubah dari produk luaran sahaja kepada luaran dan dalaman.. cantik dalam dan cantik luar..baru la dinamakan CANTIKKKKK.. keh3


Fungsi:

Vita- E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.

Vita-C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.

B-Complex : membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam.

ESP : Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.


 Testimoni antara mereka yang telah berjaya!





Berminat? boleh dapatkan konsultasi percuma daripada saya
pm/sms/whatsapp:0172044124

Tuesday, February 26, 2013

GLA Shaklee

Pernah dengar EPO? atau nama panjangnya ialah Evening Primrose Oil. Memang terkenal dikalangan wanita sejak dahulu lagi. Pernah satu ketika saya berjumpa dengan seorang cikgu berbangsa india yang berumur 56 tahun, lagi 2 tahun dah nak pencen. Dia membongkarkan kecantikkannya.. iaitu dengan memakan EPO setiap hari sejak dia anak dara lagi sampai la dia masih anak dara lagi.(ayat belit2.. sbb dia tak kawen pun..hihi)
'Patutlah kulit cantik, kedut pun tak nampak sangat, cergas je'
haa.. tu la rahsia nya selama ini..

Jom kita kenal lebih lanjut tentang EPO ni..

Apakah sebenarnya EPO? EPO adalah singkatan daripada Evening Primrose Oil iaitu minyak daripada ekstrak tumbuhan evening primrose. Biji benih EPO yang matang mengandungi 7-10% GLA, iaitu gamma linolenik asid yang sangat penting dalam mengatasi masalah2 kewanitaan. GLA juga terkandung dalam tumbuhan Borage yang telah digunakan sebagai bahan utama dalam suplemen GLA Shaklee yang semestinya lebih baik dari EPO!! 



Kenapa Shaklee menggunakan Borage Oil?
Borage oil yang diekstrak dari bunga borage mengandungi 25% GLA; iaitu lebih tinggi dari EPO dan biji benih black currant. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.Kajian klinikal melaporkan bahawa minyak borage ini mengandungi anti-inflammatory dan anti-thrombotic effect yg sangat penting untuk mencegah mana2 anti-inflammatory disorder, atritis, ekzema, dan respiration inflammatory.



bunga borage



GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dan memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan (bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak)
  • melegakan sindrom PMS
  • membantu menangani menopaus
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu menangani ekzema
  • melegakan simptom akibat reumatoid atritis
  • vitamin E menguatkan dinding arteri
  • menguatkan imuniti tubuh
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengurangkan blood-clot yg boleh sebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolesterol
  • meningkatkan kesihatan saraf
  • memperbaiki penumpuan kanak-kanak autisme dan hiperaktif
So, bagi anda yang masih tercari2 suplemen banyak fungsi dalam 1, bolehlah mencuba GLA Complex dari Shaklee.
Jom kita tengok apa kata mereka yang sudah mengamalkannya.

GLA bukan hanya untuk wanita malah baik untuk kesihatan lelaki, remaja, dewasa malah kanak-kanak
credit to ilham family sihat

Vitamin untuk kanak-kanak

Setiap ibu bapa pasti akan memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka..
bermula dari dalam kandungan lagi kita dah pikir apa yang terbaik untuk anak-anak..
nak beli baju yang cantik, beli buku yang menarik bagi cepat belajar, nak pilih nak hantar taska atau pengasuh atau nak bagi mak jaga, beli insurans untuk kesihatan dan tabungan..

tapi kita selalu lupa untuk memberi vitamin tambahan untuk kesihatan anak-anak.. bagi saya bila orang tanya perlu ke bagi supplement kepada anak-anak? saya cakap bergantung kepada keadaan.. jika anak tu seorang yang payah nak makan, elok ambil supplement. kalo anak seorang yang memilih, sayur tak makan, ikan tak suka, ayam suka yang goreng je, suka makan yang manis-manis sahaja, asik selsema,batuk dan demam aje.. yang kategori macam tu la yg perlukan supplement tambahan.

kanak-kanak perlukan protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak, vitamin c untuk  meningkatkan imuniti untuk mengelakkan selsema dan lain-lain lagi.
  INFO:
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

OmegaGuard

  • # Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • # Meningkatkan sistem imunisasi
  • # Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • # Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
  
 Chewable Vita-C @ 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
Vita-Lea® for Children Chewable
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B

*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***
untuk lebih penerangan dan konsultasi percuma.. boleh hubungi saya
seri Aizat: 0172044124 atau komen kat bawah ni....=) 

Berpantang dengan shaklee

berpantang kali ni lebih cergas..
alhamdulillah..
sampai adik sy bertanya..
'hang ni kakteh macam tak berpantang, duk jalan laju je'
hihi

masa kami buat kenduri doa selamat sempena saya dah selamat bersalin dan anak saya pun sihat, alhamdulillah..

beberapa org makcik tanya..
'mana maknya?'
ni la dia..
'laa, sihat noo'
'tak nampak macam baru bersalin, sihat'

ish3 makcik ni..
adakah makcik menyatakan sy sihat ----->gemuk
ataupun mmg sihat, cergas,cerdas, ceria (ape yg sy merepek ni, ni moto sekolah sy dulu ni)

Alhamdulillah...
apa pun pandangan makcik2.. Allah kurniakan badan sy sihat..

masa berpantang kali pertama dulu, masa tukang urut datang umah, dia takut nak urut sy sbbnya.. still sakit lagi walaupun hari ke 5. bila tgk muka kakak tu muka cuak je.. ye la, bila suh duduk.. sy cakap sakittttt... jalan pun selow je.. mmg nampak btul cam org lepas bersalin..

yg kali ni.. sampai kena tegur ngan ibu.. suh jalan selow sket..huhu

ape rahsianya.. sy amalkan supplement shaklee..=)
ada vitalea, vit b complex, vit c, dan zinc..

JOm kita tengok kebaikan supplement set bersalin ni..



Vitalea Iron Formula

Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *

B-Complex

Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*

Vitamin C

Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*

Zinc Complex

Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll. *

Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. 



OsteMatrix


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 













beberapa testimoni set berpantang... =)


Zinc menyembuhkan luka luaran dan dalaman


Susu banyak!!


lepas operation, badan cergas.. susu banyak!

byk lagi sebenarnya..

kalo berminat nak tau lebih lagi... sila la pm sy/sms/whatsapp sy 0172044124

Bersalin anak kedua

dah lama tak update..
pemalas btul..hoho
Teringin nak cerita kat sini pengalaman bersalin anak keduaku..

Sepanjang mengandungkan Adam ni mmg senang..
mual2 hanya beberapa ketika je..
tak macam mengandungkan iman dulu..
sampai 4 bulan gak la loya dan mual2..
nak2 lagi bila balik sekolah lalu lak kawasan org chayanunalif..
macam2 bau ada..
otw balik mesti mintak hubby bentikan keta nak muntah tepi jalan..hoho..
pengalaman tuuu...

mengandungkan adam mmg mudah..
tak letih sgt sbb duk amalkan makan esp, vitalea, b complex, vit c, omegaguard..
haha byk tuuu...
kdg2 skip je makan supplement..
ikut mood gak sbnrnye..
tp esp mmg wajib ler amik.. bg tenaga sepanjang hari..
mmg tak letih la.. kalo letih tu.. rehat la kejap..

ok berbalik cite ttg pengalaman bersalinkan adam ni..
malam 17 disember 2012 dalam kul 2pg dah ada rs cam perut mengeras..
tp buat dek je..
bila gi toilet nak kencing.
tengok2 ade sejalur darah cam lendir gituu..
cam berdebar dah.. bgth en somi
'bang, dah nampak cam darah la..'
.................. senyap je..
'cet, tido balik'

'abg, dah nampak darah la.. tp cam tak sure lak.. sbb sejalur je'
'hmm.. oyeke.. kita tunggu dulu tgk camne nti'
tido balik..

sy pun nak la tido.. tp tak leh tido langsung..
perut mengeras je.. tak sakit, tp cam tak selesa..
mengiring kanan kiri dah tapi tak selesa gak..

hati tak sedap dahh..
siap2 kan bag nak bwk gi hospital dan bag iman nak bwk ke umah bb sitter..

dalam kul 5 check lagi..
wahhhh... ade darah bnyk la...
bgth suami.. suh dia siap2..
suami kata..  tunggu solat subuh, then terus pecut..
relax je suami aku nihh..

pas solat subuh dalam kul 6.10 gitu, trus angkut iman yg tgh nyenyak tido ke umah bb sitter..
kami terus gi hospital annur bangi.
semasa perjalanan, encik suami tak perasan terbawak laju..
pap.. lampu AES menyala..

'kereta kita kena AES la'-saya
'yeke? kereta org lain kot' -suami
'ye la, syg tgk td abg bwk 85km/j'-saya
'hmm.. rsnye tak kot'-suami
'takpe la, kalo kena nanti bgth la sy tgh bwk isteri sy dah nak bersalin, nanti abg bwk la surat beranak anak sebagai bukti'
'a'ah btul gak tuu'

hehe..

sampai je kat annur..
trus masuk labour room..
labour room kosong, takde patient pon.
midwife check..
'awak rs tak jari saya ni?'
'a'ah rase'

maksudnye dah 5cm buka..
HAAHH.. dah 5cm buka.. tp tak sakit pun lagi...

kali ini rs cam tak mo amik epidural, sbb tak sakit sgt..
tapi....
encik suami duk tanya berulang-ulang kali.. btul ke tak mau amik epidural..

ish.. rimas la..
buat ati ni berbolak balik je...

at last amik gak la.... amik dalam kul 9 pagi gitu..
bersalin kul 11.12 pagi.. ish2.. kejap sangat!
disebabkan amik epidural.. sy mmg tak sakit sampai kesudah..
sampai bila nak teran tu.. nurse kena cakap push baru saya push..

kali ni, banyak kali juga sy push..
di bantu dgn midwife yg sentiasa ckp.. 'puan, lagi puan.. '
'haa, pandai, push lagi'
bila kepala anak dah keluar, doktor cakap..
'suami boleh la amik gambar'
yg encik somi ni pun amik la gambar..
bila dah keluar semua...
doktor dan yang ada didlm bilik labour...
sambut adam dengan ' Assalamualaikum'

akhirnya lahirla.. putera kedua ku.. Muhammad Adam Ziqri.
nama ni pun diberi oleh ayahnya masa hari ke7 adam lahir.
cari nama punya susah..
nak senang sebut katanya..

doktor yg menyambut kali ini doktor yg sama cam iman dulu, Dr. Khamsiah.
mmg best doktor tu..
lepas je settle sume.. dia dtg kat sy, peluk sy..
dia ckp 'tahniah.. kelahiran mudah, sbb ibunya tak byk dosa'
saya terkedu.. 
dia ckp lagi... 'setiap kelahiran anak, dosa ibu semua terhapus'
'alhamdulillah'

sy mmg terharu bila doktor ckp camtu... sampai mengalir air mata..
huhu..
doktor tanya kenapa.. dia jwb sendiri 'air mata kegembiraan ni'

Terima kasih doktor kamsiah dan nurse2 di labour room,dan di ward..
layanan dan perkhidmatan anda mmg tip top..
alhamdulillah.. =)