Our Journey

Our Journey
Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Ostematrix untuk ibu mertua sakit kaki dan sengal badan

Bahang pru 13 masih terasa lagi walaupun dah beberapa hari telah berlalu..
kami sekeluarga balik ke kampung di perak..
suami di beruas manakala saya pula di selama perak..

balik ke kampung suami dulu baru ke kampung saya...
nasib baik sejalan je... takde la nak masam2 muka...


di dapur..
mak mertua tanya..
'yang bagi ritu tu ubat ka?'
saya: bukan ubat.. tp supplement
mak mertua: oo... tak tau la. dulu mak selalu sakit2 tulang.. tak boleh tido mengiring.. kalo tidur mengiring.. siapla pagi tu.. lenguh, sengal badan... kena urut dulu baru ok....
lagi satu... bila mak solat, time tahiyat akhir mmg sangat seksa.. habis2 bagi salam.. mak terus betulkan kaki.. urut2 kaki.. baru lega.... mak tak makan apa2 ubat cuma mak ambil yang tu ja (sambil tunjuk ke arah ostematrix)..  
saya: Alhamdulillah..
mak mertua: tula.. mak pun cerita kat kawan2 mak.. depa pun duk tanya harga berapa..


siapa yang tak gembira.. bila tengok ibu ayah ceria kan?
Alhamdulillah..

sebelum ni asyik baca testimoni orang je... skrg dah dapat testimoni sendiri..
so, cepat2 belikan ostematrix untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang..

ostematrix bukan sekadar kalsium.. tetapi terkandung kalsium, magnesium dan vitamin D..
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

Tuesday, April 9, 2013

Vitamin untuk hilangkan migrain..

Migrain!! sakit kepala!! 
Aduhh... memang tak tertahan sakitnya! sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding...
Siapa pernah alaminya??
jom kita baca info tentang migrain / sakit kepala ni..=)
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain 
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  1. Kekurangan zat dan nutrisi
  2. Faktor keturunan
  3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

 

 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

credit to mommy lyna..=)
 
Boleh hubungi saya untuk membuat pesanan.
Nor Seri Aizat 0172044124 /familyiman@gmail.com
id shaklee 859015

Friday, April 5, 2013

Vitamin ibu mengandung dan anak pintar!

Ibu Hamil sangat perlu mengambil vitamin tambahan supaya dapat menyokong zat dan nutrisi harian yang didapati dari menu harian untuk menampung keperluan ibu dan anak. 



Ramai wanita dan ibu hamil tersalah anggapan multivitamin dan vitamin-vitamin untuk ibu hamil membuatkan sazi bayi lebih besar sewaktu melahirkan.

Anggapan ini tidak besar sama sekali. Sebenarnya, pengambilan vitamin tambahan sangat penting sewaktu ibu sedang hamil untuk membina sel-sel darah baru bertujuan untuk mencegah kekurangan darah sewaktu bersalin.
Pengambilan vitamin untuk ibu hamil yang lengkap dengan omega 3 dan asid folik juga sangat penting untuk tumbesaran dan untuk pekembangan sel-sel otak bayi dan menjadi pintar.
Vitamin tambahan ini sewajarnya diteruskan hingga selepas melahirkan kerana bermanfaat memulihkan rahim dengan lebih cepat, memberi kekuatan segera dan juga mempercepatkan pengeluaran susu ibu yang lebih berkualiti.

Vitamin Ibu Hamil

1. Vitalea Iron Formula - multivitamin dan multimineral, tingkatkan sistem imun
2.  B Complex  - termasuk asid folik untuk perkembangan sistem saraf dan saraf tunjang 
                              bayi yang normal
3.  Vitamin C - untuk kesihatan kulit, rambut, kuku dan mata
4.  Ostematrix -untuk keperluan tulang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, mengelakkan loya.
5.  ESP/ Mealshake  - Sumber soy protein non-gmo (penting untuk perkembangan otak 
                                        bayi)dan tenaga tambahan


Set untuk trimester 1
Set untuk trimester 2 & 3

Sape taknak anak pandai kan? sediakan anak anda dari dalam kandungan dengan omega3 yg mengadungi DHA dan EPA yang lengkap. Dapatkan OMEGA GUARD! 
                                       Dapatkan set hamil SEKARANG..=) 
 


Walaupun telah melahirkan atau sudah lama melahirkan, seorang wanita patut mengambil vitamin tambahan sepanjang hidup mereka untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optima.
Tambahan cara berpantang orang melayu yang sangat menitikberatkan soal makan, hingga mengabaikan jumlah zat dan nutrisi yang sepatutnya diperlukan oleh ibu dan anak. Anak adalah amanah dari Allah yang perlu kite jaga sebaik mungkin
 
DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DARIPADA SAYA..
NOR SERI AIZAT SHAKLEE DISTRIBUTOR ANDA!
0172044124..

HARGA PROMOSI MENANTI ANDA.. =)

Monday, March 4, 2013

Ostematrix

 Memandangkan bulan ini ialah promosi Ostematrix.. sy ingin share kan kepada anda tentang keistimewaan ostematrix dalam menghindari penyakit osteoporosis.




Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*
perbezaan antara tulang yang biasa dan yang sudah mengalami osteoporosis

perubahan tulang mengikut peningkatan usia
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.
Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.
***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.