Our Journey

Our Journey

Wednesday, December 7, 2011

resepi mini pizza

Semalam sy dah bt mini pizza...
penat gak la mengadun doh...
sambil uli2 doh.. duk berangan la nak beli bread maker...
'kan senang kalo ade bread maker...campak2 bahan.then tekan je on..siap'
berangan lagi...
'kalo ade mixer besar best gak ni..macam2 leh bt..hihi'

nasib baik iman tido time menguli.. kalo tak berperang gak la... ade je dia nak tolong uli same...
resepi ni sy amik dr dapur kak yati

jumbo pizza sblm di bakar.. letak serbuk oregano bg wangi cam pizza sebenar..=p

ni hasilnya.....=)

Resepi Doh Roti (sesuai untuk mcm2 jenis roti...)


Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti (lebih kurang 2 cawan)
  • 50 gram tepung gandum (1/4 cawan)
  • 2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 140 ml susu suam@air suam (sy guna susu penuh krim)
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu (sy tak letak pun)
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • mix vegetable dan mix cheese
  • sos
  • mayonis
  • serbuk oregano
Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. (sy Uli je)
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. untu mini pizza, bt  bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti
cuba jgn tak cuba ye... pasti menjadi!

No comments:

Post a Comment