Our Journey

Our Journey

Thursday, June 20, 2013

Supplement untuk urat simpul @ vena varikos.

Di tempat kerja saya, saya akan mengepam susu di surau..
Kalau dulu, saya seorang je yang akan pam susu disitu..
sekarang dah ade geng..
tambah lagi 2 orang..=)
best.. boleh sembang2 sambil mengepam..

diorang guna medela freestyle..
saya guna spectra3..
walaupun harga jauh berbeza..
namun kuantiti susu saya tidak menghampakan..
=)
hihi..
masih 7-8 oz sekali pam..
menurun sikit berbanding dulu 10-12 oz..
perkara ini biasa, sbb tu saya tak risau sangat.. sbb semakin anak bertambah umur, semakin susu berkurang kuantitinya...

sambil2 mengepam, sorang akak tu crite..
'akak takde masalah nak tambah anak lagi, sbb akak tak pernah alah teruk.. tapi.. akak ade masalah varicose vein yg teruk setiap kali mengandung.. sehingga sakit kemaluan sbb varicose vein dah sampai ke paha dan ke bahagian kemaluan..'
'sampai satu tahap tu, akak terpaksa naik wheelchair untuk shopping barang rumah dengan anak-anak'

mmg saya amat terkejut.. sbbnya.. sy ingat varicose vein ni hanya ada di betis kaki sahaja dan tak sangka seteruk itu..

maka, balik dari sekolah saya terus study ttg varicose vein @ urat simpul ini..



urat simpul @ vena varikos


varicose vein selalunya terjadi terhadap kaki. ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bila berdiri atau berjalan, dan juga aktiviti-aktiviti yang memberi tekanan terhadap urat.

Antara faktor yang boleh menyebabkan varicose vein ini terjadi dan menjadi lebih teruk ialah:
-sedang mengandung
-berdiri terlalu lama.
-berat badan berlebihan
-usia- lebih terjadi kepada orang yang lebih tua
-jantina- sering berlaku terhadap perempuan

Bagaimana terjadinya urat simpul @ vena varikos?

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.

Antara vitamin yang dicadangkan untuk varikos vena @ urat simpul ini ialah:

Vitamin B complex

Vitamin b complex dapat membantu merawat vena varikos. Berdasarkan MotherNature.com, kita haruslah mempunyai vitamin b yang cukup untuk keperluan diet, seperti vitamin B9 atau asid folik, Vitamin B12 atau cobalamin dan vitamin B6 atau Pyrodixine terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah urat atau saraf. Selain itu, Vitamin B3 juga penting untuk membaiki peraliran darah dalam vena dan arteri. Hasil kajian University of Maryland Medical Center.


Vitamin C

Vitamin C ialah vitamin larut air, dan kita perlukan vitamin c utnuk membantu pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan juga elastin yang mana membantu kulit untuk meregang.Berdasarkan  According to website MotherNature.com, tisu ini dapat membantu untuk memastikan dinding vena sentiasa kuat dan fleksibel, membantu untuk mengelakkan vena varikos. pengambilan vitamin yang kurang boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis, iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya strok dan sakit jantung. 


Vitamin E

Vitamin E membantu untuk mengelakkan berlakunya urat simpul dengan mengalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri. Vitamin E juga membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat. 

info diperolehi :
http://www.livestrong.com/article/333072-vitamins-for-varicose-veins/
Jom kita dapatkan Vitamin b complex, Vitamin c dan vitamin E untuk  mengelak dan mengubati varicose vein..pilih la shaklee untuk vitamin yang selamat dan berkesan..

Hubungi saya pengedar sah shaklee..
Nor Seri Aizat 
id:859015 ( Mohd Yamin)
0172044124

1 comment: